TERKINI: Kemasukan Pelajar IPT Sepenuhnya Pada Oktober 2020 – Noraini Ahmad

Edayu

Sidang media yang sedang bersiaran langsung oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad mengenai pembukaan semula institusi pendidikan tinggi selepas hampir tiga bulan ditutup untuk menangani wabak Covid-19.

Dalam sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa kemasukan semula pelajar ke institusi bermula pada bulan Julai secara berperingkat sehingga kemasukkan sepenuhnya pada Oktober 2020 nanti.

Kumpulan yang dibenarkan untuk menjalani pembelajaran di institusi adalah merujuk kepada 4 kumpulan iaitu pelajar tempatan di institusi tinggi swasta sebanyak 30% seperti yang dipohon persatuan kolej dan universiti swasta. Kedua, tahun 1, 2, 3 dan 4 unversiti awam dalam bidang mengajian yang teknikal, praktikal, tenaga kerja serta peperiksaan fizikal.

Seterusnya adalah pelajar tahun 1,2,3 dan 4 yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif seperti ruang pengajaran sempit dan terakhir sekali adalah pelajar luar negara dari pengajian awam dan swasta termasuk pelajar baharu.

Beliau juga mengingatkan kepada semua pelajar yang pulang ke kampus untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Jumlah kapasiti seseubah kelas pengajian adalah tidak melebihi 250 orang.

Sumber: Sudang Media Menteri Pengajian Tinggi