Sebuah kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL), KRI Nanggala 401 dilapor hilang di Laut Bali, kira-kira 3 pagi tadi waktu tempatan.
Menurut laporan Kompas TV, kapal selam berkenaan dilaporkan hilang sebaik mendapat kebenaran untuk menyelam.
Panglima TNI Marsekal TNI Hadi Tjahjanto berkata, pihaknya berharap kapal selam berkenaan dapat segera ditemui. Ketika ini, pelbagai aset dikerahkan ke lokasi terakhir kapal selam berkenaan diketahui untuk tujuan pencarian.
Indonesia dilapor turut meminta bantuan daripada Singapura dan Australia yang memiliki kapal penyelamat kapal selam.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikongsikan.
Sumber: Kompas TV