Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 1,683 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19 yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 746 kes.
Sarawak pula adalah negeri kedua tertinggi dengan 201 kes baharu COVID-19 hari ini.
Perlis pada hari ini mencatatkan sebanyak 24 kes COVID-19 baharu, seperti yang dikongsikan oleh KP Kesihatan.
Menurut beliau ketika membalas komen daripada warganet, kes di Perlis berpunca daripada kem tahanan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiaannya seperti berikut:
Daripada 1,683 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,673 merupakan kes tempatan manakala 10 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 20,333 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 174 kes yang sedang dirawat di ICU dan 81 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 2,506. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 291,958 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 7 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,169 kes.