Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa negeri Johor dan Terengganu akan beralih dari Fasa 3 ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut Bernama, peralihan tersebut akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.
Sementara itu, kes COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini agak meningkat berbanding semalam. Negara pada hari ini mencatatkan sebanyak 6,630 kes baharu COVID-19.
Pertambahan kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 2,420,222 kes.
Untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berkenaan statistik penuh kes COVID-19, layari laman COVIDNOW.