TERKINI: Jemaah Menteri & Jentera Pentadbiran Kerajaan Akan Terus Berfungsi- PM

Sofea

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Jemaah Menteri akan terus berfungsi buat masa ini.

“Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya.

Jelasnya, beliau juga akan memastikan program vaksinasi yang sedang dijalankan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

Sebelum itu, beliau juga mengatakan bahawa satu usul undi percaya terhadapnya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan September nanti dan telah mendapat perkenan dari YDP Agong.

Beliau memaklumkan perkara tersebut di dalam perutusan khas yang disiarkan sebentar tadi.

Sumber: RTM