Shah Alam, 27 Sept – Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan perbuatan jenayah.
Koroner Rofiah Mohamad mengumumkan bahawa kematian Allahyarham Adib akibat hentakan trauma tumpul pada bahagian dada bukan perbuatan sendiri, tetapi adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh lebih dua orang individu yang masih belum diketahui identitinya.
Setelah prosiding inkues berkaitan punca kematian Allahyarham Adib ditutup pada 24 Julai lepas, Koroner Rofiah Mohamad menetapkan hari ini untuk mengumumkan sama ada kematian mangsa disebabkan jenayah ataupun tidak.
Prosiding bermula 11 Februari lalu telah melibatkan seramai 30 orang saksi dan ditutup pada 24 Julai lepas selepas 41 hari berlangsung.
Allahyarham Adib maut pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa akibat cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu ketika menjalankan tugas di tempat kejadian.
Sumber: Bernama News Channel