Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan keputusan kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) di beberapa kawasan.
Menurut kenyataan media berkenaan, PKPD berkenaan akan dikuatkuasakan bermula 18 Julai sehingga 31 ini.
Berikut adalah senarai-senarai penuh kawasan yang dikenakan PKPD:
Pelaksanaan PKPD di PPR Taman Ehsan Kudat Sabah

Pelaksanaan PKPD di Taman Chengal Temerloh Pahang

Pelaksanaan PKPD di 3 Lokaliti di Bahagian Kuching Sarawak

Pelaksanaan PKPD di Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud Sabah

Pelaksanaan PKPD di Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara Daerah PJ Selangor

Pelaksanaan PKPD di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Selangor

Pelaksanaan PKPD di Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang Daerah Hulu Langat, Selangor

Pelaksanaan PKPD di Taman Samudera, Mukim Batu Daerah Gombak, Selangor

Pelaksanaan PKPD di Ladang Sawit KLK Lungmanis, & Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu Sabah

Pelaksanaan PKPD di 13 Lokaliti dalam Daerah Kuantan Pahang

Selain itu, dalam kenyataan media yang sama juga, beliau turut memaklumkan bahawa PKPD yang dilaksanakan di 34 mukim di Selangor sebelum ini ditamatkan berkuatkuasa hari ini.
Sumber: MKN