Jumlah kompaun yang akan dikenakan kepada individu yang mengunjungi kelab malam atau pub adalah maksimum RM10 ribu.
Manakala, pengusaha pub atau kelab malam pula akan dikompaun maksimum RM50 ribu.
Menerusi ciapan ringkas KKM yang lain, tiga kategori bagi kesalahan di bawah Akta 342 ditetapkan sebagai tinggi, sederhana dan normal.
Tidak cuma itu, pertimbangan rayuan bagi pengurangan nilai kompaun akan diberikan bagi individu OKU, pelajar, B40 dan berpenyakit kronik.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan.
Beliau juga menegaskan bahawa kompaun kerana kesalahan melanggar SOP adalah tindakan terakhir jika individu itu masih ingkar nasihat dan peringatan yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Sumber: KKMPutrajaya