Kerajaan Norway mengikut jejak Denmark dalam menangguhkan sementara pengambilan vaksin COVID-19 AstraZeneca.
Keputusan ini dipercayai mungkin berkaitan dengan kebimbangan berhubung laporan kejadian darah beku yang berlaku dalam kalangan penerima vaksin berkenaan.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Denmark memutuskan untuk menangguhkan sementara vaksinasi AstraZeneca selama dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga.
Ia berikutan terdapat laporan kes gejala darah membeku dalam kalangan penerima vaksin berkenaan.
Malah, ada penerima yang mengalami keadaan tersebut dilaporkan telah meninggal dunia akibat implikasi serius.
Bagaimanapun, hubung kait antara suntikan dos vaksin itu dengan punca kematian mangsa masih belum dapat disahkan lagi setakat ini.
Sebelum itu, terdapat beberapa negara Eropah sudah pun menangguhkan proses vaksinasi AstraZeneca sebelum ini, antaranya Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourg.
Sumber: AFP / The Spectator Index / TRT World Now / France24