Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 4 Mac hingga 10 Mac 2021.
Perkara ini telah dimaklumkan menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun rasmi Twitternya.
Harga runcit petrol RON97 kekal RM2.35, RON95 kekal RM2.05, diesel kekal RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak mentah dunia ini akan terus dipantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Sumber: MoF