Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memaklumkan mengenai harga runcit baharu produk petroleum bagi tempoh 2 Januari hingga 8 Januari 2021.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Twitter MOFMalaysia, harga runcit petrol RON95 naik 4 sen menjadikan harga RM 1.84 seliter manakala RON97 juga naik 4 sen menjadikan harga RM 2.14 seliter.
Sementara harga diesel naik 3 sen daripada RM1.98 kepada RM 2.01 seliter.

Sumber: MOF