Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 26 Ogos 2021 Sehingga 1 September 2021.
Menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter iaitu daripada RM2.74 seliter kepada RM2.72 seliter.
Harga runcit bagi petrol RON95 pula dilaporkan kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit bagi diesel juga turut dilaporkan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan telah mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Selain daripada itu, kementerian tersebut juga menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau serta akan bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.
Sumber: Ministry Of Finance