Putrajaya, 4 Disember- Kementerian Kewangan mengumumkan kenaikan harga minyak berkuatkuasa 5 Disember hingga 11 Disember akan datang.
Menurut kenyataan media, harga minyak petrol bagi RON95 dan RON97 naik 3 sen seliter manakala bagi diesel, terdapat peningkatan sebanyak 5 sen seliter.
Ini menjadikan harga minyak terkini bagi RON95 ialah RM1.70 manakala RON97 menjadi RM2.00 seliter. Sementara itu, harga diesel meningkat kepada RM1.90 seliter.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia