PUTRAJAYA, 16 Okt – Harga runcit petrol bagi minyak RON95 naik sebanyak satu sen seliter, iaitu daripada RM1.67 ke RM1.68 seliter.
Dalam pada itu, harga runcit petrol bagi minyak RON97 juga naik sebanyak satu sen seliter, iaitu daripada RM1.97 ke RM1.98 seliter.
Manakala harga runcit diesel pula naik sebanyak lima sen seliter, iaitu daripada RM1.69 ke RM1.74 seliter.
Harga baru ini adalah bagi tempoh 17 Oktober sehingga 23 Oktober.
Pengumuman harga runcit minyak tersebut diumumkan Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia