Gambar: Bernama

TERKINI: Hanya 3 Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat laporan kes positif mengikut negeri.

Menurut ciapan tersebut, hanya tiga negeri sahaja yang mencatatkan kes positif baharu pada hari ini. Antara negeri yang mencatatkan kes positif adalah Selangor (8 kes), Kuala Lumpur (13 kes) dan Pahang (1 kes).

Pun begitu, KKM turut menjelaskan bahawa daripada 22 kes baru yang dilaporkan itu, lima daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah merupakan penularan tempatan di mana sembilan kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sumber: KKM