Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa penambahan sebanyak 4 kes sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah 8668 kes.
Selain itu sehingga hari ini terdapat dua kes baharu. Ini menjadikan jumlah kumulatif meningkatkan kepada 9001. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 208 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kedua-dua kes baharu ini melibatkan kes kluster di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini.
Perincian kes penularan di dalam negara COVID-19 adalah seperti berikut:
Sehingga kini, terdapat satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes.
Sumber: KKM