Kanak-kanak berusia 5 tahun, Haidar yang terjatuh dan terperangkap di sebuah perigi di Selatan Afganistan berjaya dikeluarkan.
Menurut Setiausaha Perdana Menteri, Abdullah Azzam, walau bagaimanapun keadaan kanak-kanak tersebut masih belum dapat dikenalpasti.
Jelasnya, sepasukan doktor telah memberikan bantuan oksigen kepada mangsa dan dia dipercayai masih hidup selepas dikeluarkan.
”Kerajaan sudah buat sehabis baik, seterusnya hanya berserah kepada Allah SWT. Doakan untuk Haidar terus kuat,” tulis beliau.
BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar
Sumber: Abdullah Azzam