Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dilaporkan telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 6.44 petang sebentar tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di 1.3° Utara dan 98.9° Timur dengan kedalaman 70 km. 44km Barat dari Padang Sidempuan,Indonesia.
Tiada amaran tsunami yang dikeluarkan setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia