gempa bumi banda
Gambar: Google

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Gegar Laut Banda, Indonesia Sebentar Tadi

Amira

Satu gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Laut Banda pada 8.45 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa berukuran 6.1 skala richter itu berlaku pada koordinat 4.9° Selatan dan 129.9° Timur pada kedalaman 186 kilometer.

Fenomena itu dilaporkan dikesan di 231 km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan, lapor MET Malaysia.

Sumber: MET Malaysia