Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 6.5 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Kepulauan Fox, Kepulauan Aleutian pada 7:35 malam tadi.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 52.7° Utara dan 167.9° Barat.
Difahamkan, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) bawah paras laut.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia