
Gempa bumi 7.3 magnitud telah melanda kepulauan Maluku di timur Indonesia pada sebentar tadi. Ia menyebabkan penduduk di sekitar kawasan tersebut panik namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat, gempa itu melanda kira-kira 165 kilometer (100 batu) selatan-barat daya bandar Ternate di wilayah Maluku Utara pada pukul 6:28 petang waktu tempatan, pada kedalaman 10 kilometer.