Gambar Via Daily Mail

TERKINI: Gempa Bumi Kuat 6.9 Skala Richter Gegar Panama Pagi Tadi

Sofea

Gempa bumi kuat dilapor telah melanda pantai selatan Panama yang berdekatan dengan sempadan Costa Rica pada Rabu.

Menurut Daily Mail, gempa dengan kekuatan 6.9 skala Richter itu dikesan oleh Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

Ia mencapai kedalaman 1.2 batu, kira-kira 200 batu di tenggara San Jose dan 30 batu di selatan Punta de Burica, Panama.

Walau bagaimanapun, tiada amaran tsunami yang dikeluarkan setakat ini.

“Gempa bumi dapat dirasai hampir di seluruh negara tetapi tiada sebarang kecederaan atau kerosakan infrastruktur yang dilaporkan,” kata ketua Suruhanjaya Kecemasan Nasional Costa Rica, Alexander Solis.

Gempa lain dengan kekuatan 6.3 skala Richter dan kedalaman 14 batu juga melanda berhampiran Panama, lapor EMSC.

Sumber: Daily Mail