PHNOM PENH, 18 Ogos – Satu gegaran gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Samar, Filipina pada pukul 8.03 pagi tadi.
Pusat gempa bumi tersebut terletak di 120 darjah utara dan 124.1 darjah timur dengan kedalaman sejauh 10 kilometer, selain berjarak 51 kilometer barat dari bandar Calbayog, memetik kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi ini.
Bagaimanapun, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan, gegaran tersebut tidak mendatangkan amaran fenomena tsunami dan penduduk di sekitar diminta berhati-hati terhadap susulan yang mungkin terjadi.
