
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada 8.51 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 228 kilometer (km) Selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 49km.
Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malayisa