Gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala Ritcher dilapor berlaku di Rantau Sempadan Mexico-Guatemala pada pukul 3:12 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut terletak 14.3° Utara dan 91.2° Barat.
Tambah laporan itu, ia juga dilapor berkedalaman sejauh 96 kilometer bawah serta terletak 914 kilometer Tenggara dari Puebla Mexico.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia