Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Yunnan, China pada 3:02 petang tadi
Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 27.8 utara dan 100.6 timur, kira-kira 335 kilometer (km) timur laut dari Baoshan, China.
Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 64 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia