Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher dilapor berlaku di Rantau Flores, Indonesia pada pukul 8:36 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, pusat gempa bumi tersebut terletak 8.2° Selatan dan 120.8° Timur.
Tambah laporan itu, ia juga dilapor berkedalaman sejauh 52 kilometer bawah.
Walau bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.
Sumber: MetMalaysia