Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada 11:19 pagi, 19 Disember 2021.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 13.8 utara dan 92.2 timur, kira-kira 99 kilometer (km) barat laut dari utara Andaman, India.
Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia