Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Jawa, Indonesia pada 8:26 tadi.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 7.9 Selatan dan 105.9 Timur, kira-kira 160 kilometer (km) Barat Daya dari Sukabumi, Indonesia.
Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 78 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia