Gempa bumi berkekuatan 7.2 dilapor melanda kawasan Timur Laut Jepun, di Wilayah Miyagi. Susulan kejadian berkenaan, amaran tsunami turut dikeluarkan.
Kejadian gempa berkenaan dilaporkan berkalu pada 6.09 petang (waktu tempatan).
Gempa dikatakan berpusat di kawasan berdekatan pantai Wilayah Miyagi pada kedalaman 60 kilometer.
Setakat ini, tiada maklumat berhubung kerosakkan harta benda atau kehilangan nyawa.
Sumber: NHK