Finland dilapor sedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine sekiranya peperangan menjadi semakin genting, lapor Aljazeera.
Perdana menterinya, Sanna Marin menganggarkan akan ada sejumlah besar pelarian dari Ukraine yang cuba melarikan dari ke Kesatuan Eropah.
“Kementerian Dalam Negeri (Finland) dalam bahagiannya sedang bersedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine,” kata Marin, memetik Aljazeera.
Dalam pada itu, Marin dan juga presidennya, Sauli Niinisto dilapor turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan Russia ke atas Ukraine.
Jelas Niinisto, amaran (pencerobohan) yang berlaku pagi tadi sungguh mengejutkan semua pihak.
“Sudah semestinya kita akan lebih bersimpati dan berpihak kepada rakyat Ukraine,” katanya, memetik Aljazeera.
Sumber: Al-Jazeera