Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) telah menemui 6 mangsa korban pesawat terhempas Lion Air dan berjaya dibawa ke Pelabuhan Tanjung Riok.
Kenam-enam mayat dievakuasi dari perairan tempat korban jatuhnya pesawat Lion Air JT 610 Jakarta – Pangkal Pinang.
Berdasarkan laporan media tempatan, kesemua mayat dihantar menggunakan 2 buah kapal Rigid Inflatable sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.
Sejurus tiba di pelabuhan, mayat dibawa ke Hospital Kramat Jati, Jakarta Timur.