Terkini, dilaporkan sekurang-kurangnya empat orang telah terkorban dan 15 cedera dalam insiden letupan di dalam sebuah masjid di daerah Quetta Kuchlak, Pakistan hari ini.
Siasatan awal polis mendapati bahawa letupan itu berpunca dari alat letupan (IED) yang ditanam di dalam masjid.
Gambar: News NationMenurut polis, mangsa yang cedera telah dibawa hospital berdekatan untuk rawatan. Buat masa ini, kawasan berkenaan sudah dikepung dan skuad pelupusan bom telah diminta untuk datang ke sana.
Gambar: News NationSumber: News Nation & Geo TV