Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang dikesan pada hari ini (29 September 2020).
Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, dua daripada empat kluster itu telah dikenalpasti di Sandakan manakala dua lagi dikesan di negeri Selangor serta Johor.
Berikut adalah senarai kluster dan jumlah kes positif yang dicatatkan daripada keempat-empat kluster baharu ini.
Jalan Bomba, Sandakan (3 kes)
Jalan Utara, Sandakan (2 kes)
Benteng PK, Selangor (1 kes)
Bakawali, Johor (2 kes)
Perincian kluster baharu yang dilaporkan hari ini adalah seperti berikut.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kluster Benteng PK yang dikenalpasti pada hari ini telah dikesan di negeri Selangor. Perincian Kluster Benteng PK adalah seperti berikut:

Bagi Kluster Jalan Bomba, Sabah pula, kes indeks positif yang ke 11110 ini adalah seorang lelaki warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah. Dia dilaporkan bergejala demam dan batuk sebelum didapati positif Covid-19 pada 28 September 2020.
Hasil saringan kontak rapat mendapati bahawa 2 kes lagi dikenalpasti pada 28 September 2020. Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih diteruskan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Bagi Kluster Bakawali yang dikenalpasti di Johor pula, kes indeks positif yang ke 10911 dan 10912 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah.
Kedua-dua kes bergejala demam, selsema dan batuk. Mereka didapati positif Covid-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke hospital di Johor.
Hasil saringan kontak rapat mendapati, terdapat dua lagi kes positif Covid-19 yang dilaporkan. Punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

Bagi Kluster Jalan Utara pula, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kluster ini telah dikenalpasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah.
Hasil daripada saringan yang dijalankan, dua petugas kesihatan telah dikesan positif Covid-19. Mereka dilaporkan tidak bergejala dan telah dimasukkan ke hospital di Sandakan.
Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi dijalankan. Punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia