Kerajaan bersetuju untuk meneruskan elaun khas RM600 ringgit sebulan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pandemik Covid-19 berakhir.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa mereka.
Perkara tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, di dalam Dewan Rakyat menerusi saiaran langsung Belanjawan 2021, sebentar tadi.
Bantuan ini dijangka bakal memanfaatkan 100,00 petugas barisan hadapan KKM.
Sumber: Siaran Langsung Belanjawan 2021