Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 380 kes bersamaan 0.53%.
Berikut merupakan perincian bagi kes kematian pada hari ini.
Kes 377 iaitu kes nombor 41, 277 merupakan seorang Lelaki Warganegara dari Sabah yang berusia 75 tahun, beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Kes 378 iaitu kes nombor 68, 003 melibatkan seorang lelaki Warganegara dari Johor berusi 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit asma dan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Kes 379 iaitu kes nombor 68, 326 pula melibatkan seorang lelaki Warganegara dari Sabah berusia 64 tahun. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.
Kes 380 iaitu kes nombor 61, 367 merupakan seorang lelaki Bukan Warganegara berusia 46 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau meninggal dunia di Hospital Shah Alam.
Sumber: Kp Kesihatan