Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 341 kes bersamaan 0.6 peratus.
Menurut Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, satu kematian melibatkan negeri Pulau Pinang manakala tiga lagi melibatkan negeri Sabah.
Berikut merupakan ringkasan kes kematian pada hari ini:
Kes 338 iaitu kes nombor 49, 641 melibatkan seorang lelaki Warganegara berusia 84 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan penyakit kronik paru-paru. Beliau meninggal di Hospital Pulau Pinang.
Kes kematian 339 iaitu kes nombor 55, 063 pula melibatkan seorang lelaki Warganegara berusia 74 tahun. Beliau meninggal dunia si Hospital Lahad Datu.
Kes kematian 340 pula iaitu kes nombor 55, 064 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 41 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.
Kes kematian 341 iaitu kes nombor 54, 826 melibatkan seorang lelaki Bukan Warganegara berusia 45 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.
Takziah buat seluruh ahli keluarga mereka.

Sumber: KP Kesihatan