Kemaskini terbaru berkaitan kompaun memperlihatkan bahawa diskaun 50 peratus akan diberikan daripada nilai kompaun sekiranya dibayar dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.
Menurut ciapan KKM, diskaun 25% pula akan diberikan jika dibayar dalam tempoh 14 hari.
Selepas 14 hari, tiada diskaun yang akan ditawarkan.
Tidak cuma itu, Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP yang dianggotai polis, tentera, RELA dan penguatkuasa PBT akan bermula pada 1 April ini.
Pasukan tersebut akan memantu bagi memastikan SOP dipatuhi dengan memberi nasihat, arahan dan jika masih ingkar, kompaun akan dikeluarkan sebagai tindakan terakhir.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan.
Sumber: KKM