Bangunan rumah kedai di Bandar Renggam, Kluang dilaporkan terbakar, menurut kemaskini di laman Twitter ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebentar tadi.
Menurut Maszlee, deretan rumah-rumah kedai yang terletak di Jalan Haji Siraj, Bandar Renggam itu dikhabarkan telah dimamah api dan pihaknya masih menunggu berita terkini berkait insiden tersebut.
“Saya baru mendapat berita duka daripada penduduk Renggam, Bangunan rumah-rumah kedai di Jalan Haji Siraj, Bandar Renggam telah dimamah api.
“Saya masih menunggu berita terkini daripada team saya yang sedang berada di Bandar Renggam.
“Bangunan-bangunan rumah kedai ini cukup sinonim dengan Bandar Renggam,” tulisnya dalam sebuah ciapan di laman Twitter sebentar tadi.
Jelas Maszlee di ruangan komen, bangunan tersebut telah berusia 140 tahun dan terdiri daripada rumah-rumah kedai yang diperbuat daripada papan.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum dapat dikenalpasti. Berita lanjut menyusul.
Sumber: Dr Maszlee Malik