Iran dilanda gelombang besar koronavirus (Covid-19) apabila mencatatkan pertambahan 958 kes baharu positif jangkitan dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 9,000 pada Rabu.
Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianush Jahanpour, pada masa yang sama angka kematian turut meningkat kepada 63 orang menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 354.
Kianush turut menasihatkan orang ramai untuk membatalkan semua rancangan percutian dan kekal berada di dalam rumah.
Mengikut rekod, Iran setakat ini berada di tangga kedua jumlah kematian tertinggi selepas Tanah Besar, China.
Sumber: CNN