Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,086 kes (41.1 peratus).
Daripada jumlah ini, sebanyak 904 kes (83.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 401 kes (15.2 peratus) dan Johor sebanyak 298 kes (11.3 peratus).
Sementara itu, Perlis masih lagi menjadi negeri yang mencatatkan kes harian terendah iaitu hanya sebanyak 3 kes sahaja hari ini.
Sebanyak 2,643 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 131,108 kes.
Sumber: Kenyataan Akhbar KP Kesihatan