Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengeluarkan perkembangan terkini Covid-19 setakat 31 Ogos 2020. Hari ini dilaporkan enam kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 9,340 kes.
KKM juga mengesahkan 6 kes dilaporkan telah discaj dan dibenarkan keluar dari wad. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 127 dengan kadar peratusan 1.36%.
Enam pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.