Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 123 kes bersamaan 1.40%.
Kes kematian ke-123 ini melibatkan seorang lelaki berusia 72 tahun dan merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas yang menghidap penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok. Beliau mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai dan meninggal dunia pada 17 Julai.
Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini melaporkan terdapat 15 kes baharu COVID-19 dan 7 kes telah sembuh.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia