Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang akan dibuka semula pada 25 Februari ini bagi kes risiko rendah.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaludin pada sidang media KKM sebentar tadi.
Menurut beliau, pengaktifan semula operasi PKRC MAEPS adalah bagi kes risiko rendah. Pembukaan itu juga kerana KKM tidak mahu mengganggu fasiliti di hospital dan rawatan bukan Covid.
Tegasnya lagi, kadar penggunaan katil dan ICU bagi kes jangkitan Covid-19 masih terkawal walaupun kes sedang meningkat.
Sumber: KKM