Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2, 078 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 377,132 kes.
Menerusi ciapan ringkas KKM di Twitter, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 589 kes, diikuti oleh Selangor dengan 457 kes dan Kelantan dengan 290 kes.
Dukacita dimaklumkan, terdapat 8 kematian yang dicatatkan pada hari ini.
Sumber: KKMPutrajaya