Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 15,902 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan.
Menurut infografik yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasminya, jumlah kes baharu yang dicatatkan pada hari ini sekali lagi memecahkan rekod kes positif harian yang paling tinggi dicatatkan pada semalam.
15,902 kes yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dicatatkan di Malaysia meningkat kepada 996,393 kes.
Selangor masih lagi menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes positif iaitu sebanyak 7,351 kes.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga masih berada di kedudukan kedua dengan mencatatkan sebanyak 2,406 kes pada hari ini.
Kedah pula mencatatkan kenaikan kes harian iaitu sebanyak 867 kes sekali gus meletakkannya negeri ketiga yang mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi pada hari ini.
Negeri-negeri lain pula masih lagi mencatatkan ratusan kes kecuali Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutan Putrajaya dan Perlis.