Putrajaya, 25 Mei – Angka kes baru COVID-19 di Malaysia terus meningkat hari ini dengan 7,289 kes, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut kemaskini, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 2,642 kes diikuti Johor, 664, WP Kuala Lumpur, 604 dan Sarawak, 513 kes.
Pada 25 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,289 kes. Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,642 kes Sabah : 266 kes Johor : 664 kes WPKL : 604 kes Sarawak : 513 kes Pulau Pinang : 380 kes Negeri Sembilan : 410 kes Kelantan : 425 kes Perak : 218 kes Kedah : 336 kes Melaka : 258 kes Pahang : 211 kes Terengganu : 268 kes WP Labuan : 63 kes WP Putrajaya : 23 kes Perlis : 8 kes