PUTRAJAYA, 21 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,327 kes positif COVID-19 baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif positif meningkat kepada 317,289 kes dengan 14,518 kes aktif.
Selangor mencatatkan angka kes harian tertinggi dengan 356 kes, diikuti Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang 205 kes.
Dalam pada itu, kes sembuh juga turut mencatatkan peningkatan dengan 1,247 kes lagi yang pulih pada hari ini.
Bagaimanapun, empat lagi kes kematian terbaharu direkodkan, jumlah keseluruhan kematian adalah 1,233 kes.
Sumber: KKM