Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 6 lagi kluster baharu yang dikenal pasti.
Antara kluster yang berjaya dikenal pasti itu adalah Kluster Jalan Klinik, Kluster tapak Bina HEVEA, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Kauran, Kluster Kapital dan Kluster Setapak Indah.
Berikut adalah perincian berkenaan kluster-kluster yang berjaya dikenal pasti hari ini:
KLUSTER JALAN KLINIK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAPAK BINA HEVEA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BUKIT BELIMBING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 912 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAURAN
Kluster ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAPITAL
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SETAPAK INDAH
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126802) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kendiri. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia