Gambar: Bernama

TERKINI COVID-19: Kes Terus Meningkat, Lagi Tinggi Berbanding Semalam

Nadhirah

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 4,766 kes COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,844,969 kes.

Jumlah kes baharu itu lebih meningkat berbanding 4,066 kes yang dicatatkan semalam.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dan data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Sumber: Noor Hisham Abdullah